04 June 2008
Oleh: Ibnuomar (ibnuomar_irsyad@yahoo.com)
Mahasiswa Islam adalah mahasiswa yang memiliki sifat-sifat terpuji serta memiliki kredibiti sebagai pemimpin cemerlang dan tidak dicemari sesuatu yang mengaibkan.
1. AQIDAH YANG SEJAHTERA
Ciri-ciri sejahtera aqidah :
ü Melakukan amal kerana Allah S.W.T.
ü Beriman dengan melakukan semua rukun Islam
ü Beriman dengan semua rukun iman
ü Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya
ü Tidak mempercayai adanya sial
ü Tidak mempercaai kuasa lain selain Allah S.W.T..
ü Belajar kerana Allah S.W.T..
ü Mensyukuri allah ketika mendapat nikmat
ü Mempercayai Allah S.W.T.. sentiasa memerhati setiap perbuatan
ü Menjauhi percakapan yang memesongkan aqidah
2. IBADAH YANG SAHIH
Ciri-ciri ibadah yang sahih :
ü Solat diawal waktu
ü Menjauhi perkara makruh
ü Bersuci dengan sempurna
ü Meningkatkan mutu solat
ü Menjadikan amalan membaca al-quran sebagai rutin harian
ü Setiap perbuatan yan dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T..
ü Sentiasa melakukan solat berjamah
ü Seminggu sekali berqiamullail
ü Menyempurnakan puasa wajib dan melazimkan puasa sunat
ü Khusyuk membaca al-quran
ü Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
ü Menjauhi dosa besar
ü Mengingati Allah S.W.T.. pada setiap situasi dan ketika
ü Menunaikan nazar apabila bernazar
ü Selalu bertaubat dan beristighfar apabila melakukan kesilapan
3. AKHLAK YANG MANTAP
Ciri-ciri akhlak yang mantap :
ü Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T..
ü Tidak berbangga dengan diri sendiri
ü Tidak menipu ibu bapa dan guru
ü Menziarahi kawan yang sakit
ü Memberikan kerjasama dalam perkara-perkara kebaikan
ü Menutup aurat dengan sempurna
ü Menjaga batas-batas pergaulan antara siswa-siswi
ü Tidak mengadu domba
ü Tidak mengumpat, mengejek dan menghina
ü Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk
ü Menghormati guru, orang tua dan menyayangi yang lebih kecil
ü Menunaikan janji apabila berjanji
ü Menundukkan pandangan
ü Menjaga rahsia dan amanah
ü Menjaga aib orang lain
ü Tidak merokok dan tidak menghampiri dadah dan arak
ü Menghormati jiran
ü Tidak banyak ketawa
ü Tidak mementingkan diri sendiri
4. MAMPU BERDIKARI
Ciri-ciri mampu bekerja sendiri :
ü Tidak menangguhkan tugasan
ü Membasuh pakaian sekolah sendiri
ü Boleh berjauhan dari ibu bapa
ü Memelihara harta peribadi dan kampus
ü Membuat kerja kursus dengan baik
ü Menyempurnakan tugasan dengan sempurna
ü Mengulangkaji pelajaran
ü Mampu membuat jadual waktu dan mengikutinya
ü Mengurus secara teratur persatuan / aktiviti di kampus
ü Tidak membazir
ü Menjaga hak orang lain
5. INTELEKTUAL
Ciri-ciri berpengatahuan :
ü selalu membaca bahan ilmiah, menganalisis dan mengeluarkan output yang bermanafaat kepada masyarakat
ü Memelihara hukum-hukum tilawah
ü Menghafaz hadith
ü Mempelajari sirah Nabi Muhammad s.a.w.
ü Mengenali sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga
ü Mengetahui hukum-hukum solat
ü Mengetahui hukum-hukum puasa
ü Mengetahui hukum taharah
ü Memahirkan diri dengan teknologi moden
ü Peka dengan pertubuhan yang menyeleweng
ü Mengetahui hokum menutup aurat
ü Berfikiran positif
6. BADAN YANG CERGAS
Ciri-ciri badan yang cergas :
ü Bersih tubuh badan
ü Mandi diwaktu pagi dan petang
ü Pakaian kemas dan bersih
ü Beriltizam dengan adab makan
ü Menjauhi tempat kotor
ü Meninggalkan tabiat merokok
ü Mengamalkan pemakanan yang sihat
ü Mementingkan riadhah dan melaksanakannya
ü Tidak tidur dalam kelas
ü Tidak berpenyakit
ü Aktif dan cerdas dalam dan luar kelas
7. MUJAHADAH DIRI
Ciri-ciri menguasai diri :
ü Menjuhi tempat-tempat yang melalaika
ü Meninggalkan tempat maksiat
ü Menjauhi perkara haram
ü Berdoa pada bila-bila masa
ü Tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
ü Istiqamah dan beriltizam dalam melakukan setiap pekerjaan
ü Menjauhi sifat tamak
ü Tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik
ü Menjaga kebersihan diri
ü Menjalinkan persaudaraan sesama pelajar
ü Tidak mementingkan diri sendiri
ü Menutup aurat bila berhadapan dengan bukan muhrm
ü Menumpukan perhatian kepada pelajaran
8. TERATUR URUSANNYA
Ciri-ciri berdisplin :
ü Datang ke kelas awal
ü Sentiasa berpakaian kemas
ü Bilik tidur yang kelam
ü Penampilan yang baik
ü Teliti dalam melakukan pekerjaan
ü Menyelesaikan kerja dengan sempurna
ü Menunaikan janji
ü Menepati waktu
ü Menyelesaikan kerja rumah pada waktu yang diberikan
ü Menunaikan hak Allah S.W.T.., diri dan masyarakat dengan seimbang
ü Melaksanakan tugasan kokurikulum, amanah dan lain-lain dengan jayanya
9. SANGAT MENGHARGAI MASA
Ciri-ciri menghargai masa :
ü Bangun awal
ü Mengunakan masa untukperkara berfaedah
ü Tidak membuang masa dengan sia-sia
ü Membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan
ü Menyemak jadual sebelum datang ke kelas
ü Tidak melepak di tepi jalan
ü Tidak bercakap kosong
ü Tidak berehat terlalu lama
ü Menepati waktu dan janji
10. BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
Ciri-ciri bermanfaat kepada orang lain :
ü Menunaikan hak ibu bapa
ü Menolong mereka yang memerlukan
ü Menolong ibu di dapur
ü Menegakkan kebenaran
ü Menunaikan hak-hak guru (pensyarah)
ü Membantu antara satu sama lain dalam pelajaran
ü Bersedia untuk memberi bantuan bila-bila diperlukan
ü Membimbing teman-teman
ü Menasihati sahabat-sahabat
ü Bertolak ansur, tidak dengki dan iri hati
Currently have 0 Komen:
Post a Comment