27 June 2008
Assalamu’alaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurniaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat baginda, tabi’in, para mujahid, para ulama’ dan seluruh pembawa risalah Islam hingga ke hari Qiamat.
Sempena kemasukan pelajar baharu sesi 2008/2009 ini, saya mewakili seluruh warga Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah merakamkan ucapan selamat datang kepada pelajar baharu ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan selamat melangkah ke alam mahasiswa. Syukur tak terhingga kerana dipertemukan kita olehNya di universiti ini. Tahniah buat kalian. Adik-adik amat bertuah kerana terpilih dalam ratusan ribu pemohon untuk merebut peluang bergelar seorang mahasiswa di UPM Kampus Bintulu.
Pastinya penuh harapan dalam jiwa adik-adik untuk menggapai kejayaan. Juga harapan keluarga yang tergalas di bahu. Bergelar seorang mahasiswa adalah satu perkara yang cukup berbeza dengan seorang murid di sekolah. Sistem pembelajaran dan budaya hidup di universiti amat berbeza dengan persekolahan. Adik-adik memerlukan kekuatan mental, fizikal dan spiritual yang tinggi untuk berdepan dengan cabaran hidup di sini.
Justeru, sebagai seorang Muslim kita hendaklah sentiasa berusaha dengan gigih untuk meraih kejayaan di samping tidak alpa dengan kehidupan agar tidak terabai tanggungjawab kita sebagai seorang hamba. InsyaAllah, kami warga KNU senantiasa berlapang dada untuk menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar kepada adik-adik.
Semoga Allah merahmati kalian. Selamat menempuh Minggu Perkasa Putra.
Sekian, salam ukhuwwah.
MOHD AINSHA BIN AHMAD
Pengerusi,
Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah,
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu,
Sarawak.
Currently have 0 Komen:
Post a Comment