16 September 2008

Puisi Penterjemahan Peristiwa Isra' dan Mi'raj

Posted by Emel: | 16 September 2008 | Category: |

Di keheningan malam yang sayup,
Pada 27 Rejab yang diperselisihkan,
Ditepi Hijir Ismail,berdekatan baitillah hil haram,
Diantara dua insan yang mulia Hamzah dan Jaafar,
Bermulalah kisah perjalanan insan Habibul RAHMAN,

Ku dibedah dari kerongkong hingga ke bawah perut,
Oleh tiga malaikat yang paling tinggi martabatnya
Jibrail,Mikail dan Israfil,
JantungKu dibasuh dengan air Mukjizat Nabi Ismail,
Untuk menyuci dan melapangkan dadaku dari tahun yang dukacita,
Dari kematian isteri dan pamamku yang tercinta,
Dari isteriku Khadijah yang melahirkan enam zuriat,
Dari isteri yang menafkahkan hartanya,masanya, tenaganya dan dirinya
Untuk Agama yang lurus ini,


Ohh Isteriku! tidak sanggup ku berpisah denganmu,
Dari pamanku Abu Talib Hamba kepada Amanah,
Amanah menjaga anak saudaramu,
Biarpun dirimu dicerca, dihina, diugut dan sebagainya,
Ohh! Pamanku tidak sanggup ku berpisah denganmu,
Siapa lagi yang akan membantuku, menjagaku, dan menahan mereka yang ingin menyakitiku,
Keluh rayu seorang Abdi kepada Rabbi,
Setelah siap, didatangkan Buraq sebagai tungganganku,
Siap berpelana dan bertali kekang,
Disebelah kananku Jibrail,dan kiriku Mikail,
Ku dibawa seperti sepantas kilat,
Lebih laju dari angin berpupuk,
Kami tiba di suatu kebun kurma,
Turunku bersembahyang 2 rakaat tanda menghormati tempat yang mulia,
Ditanya kepadaku tempat itu tadi,jawabku tidak tahu,
Terus dikhabarkan itulah Thoibah”Bumi Hijrah Nabawi”

Begitulah hal dengan 4 tanah Mulia seterusnya,
Madyan-Bumi persinggahan Rasul yang dicuba dengan Pemerintah yang zalim,
Thur sina- Bumi terzahirnya kalamul qadim
Biailul Laham-Bumi kelahiran nabi Ruhulllah
Dan akhirnya Baitulmaqdis-bumi kedua paling Mulia,
Diantara Baitul Laham dan Baitulmaqdis ku diketemukan:
Ifrit- kudiajar doa untuk menewaskannya
Kaum yang menanam tanaman sehari dan menuai keesokannya-tanda perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah
Tempat yang wangi semerbak-jasa tukang sisir mati pada jalan Allah,

Orang yang menghantuk-hantuk kepala-menandakan balasan bagi orang yang malas mengerjakan sembahyang fardhu.
Orang yang bertelanjang-balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat,
Manusia yang memakan daging yang busuk sedangkan di hadapan mereka daging yang elok- perumpamaan orang suka melakukan perbuatan zina,
Manusia yang berenang didalam sungai darah- perumpamaan orang yang suka memakan riba
Orang yang menanggung kayu api yang banyak lalu ditambahi lagi-perumpaan orang yang mencuaikan amanah,
Kaum yang menggunting lidah- balasan bagi mereka yang suka menyebar fitnah,
Kaum yang menggaru muka dan dada mereka dengan kuku tembaga-balasan orang yang suka mengumpat,
Ku bertemu dengan orang yang tidak menjaga perkataan- seperti seekor lembu yang gemuk ingin memasuki lubang yang kecil,
Seterusnya ku melihat Dajjal,ku diseru Yahudi,Nasrani, Dunia dan Iblis, kuberjumpa dengan wanita tua yang berhias- tanda usia dunia yang sudah tua, bertemu dengan para nabi di Baitul Maqdis dan bersembahyang dengan mereka,

Ku dimikrajkan dari satu langit ke satu langit yang lain,
Di langit pertama ku bertemu Adam-bapa segala manusia,seterusnya Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim Khalilullah di langit ke 7,
Kemudian, Sidrah Muntaha- tempat berakhirnya segala yang naik dari bumi dan yang turun dari atasnya,
-sepohon kayu yang rendang dan amat besar,yang daunnya sahaja boleh
menutupi keseluruhan ummatku,
Akhirnya Mustawa- ku bertemu tuhan Rabbul JALIL,
Ku berbicara dengannya,
Disuruh minta apa yang ku mahu,
Akan ditunai segala permintaanku,
Hanya Ku ungkit segala kurnia terhadap nabi selainku,
Dia(RABBI)-membalas perkataan dengan kalamulqadimnya
-dijadikanku habibullllah-kekasihnya yabg paling dekat
Namaku disebut apabila namanya disebut
Ummatku dijadikan ummat yang terbaik,yang pertama memasuki syurga dan yang terakhir dibangkitkan didunia,
Diberi sab’a masani, tujuh ayat yang diulang-ulang, penutup surah Al-baqarah yang mulia,Telaga Al-Khauthar dan lapan perkara yang lain,
Dan yang terbesar ialah kefardhuan solat 50 waktu,
Kuterima ia dengan penuh tanggungjawab,
Ketemuai Musa A.S minta dikurangkan
Akhirnya menjadi 5,dengan Limpah yang Maha Kurnia,
Kepulangan ku ke Mekah menjadi Fitnah,
Apa yang ku bawa menjadi mehnah,
Diadakan percubaan demi percubaaan
Semuanya dapat kuatasi jua,
Bagi mereka yang percaya,terus bertambah imamnya
Bagi mereka yang ingkar terus bertambah ingkarnya,
Wahai manusia yang budiman
Aku ini hanya penulis,
Penulis dari sabda Nabi,
Ku Diambil dari Mudarris Berbakti
Dr Sayyid Muhammad Alawi Maliki nama diberi,
Wahai manusia yang budiman
Ingat kau ingat perintah Rabbi
Ingat kau ingat jasa Nabi,
Jangan di tinggal sesekali
Kelak padahnya bakal menanti…


Sekian,

Al Fakir Ila Rabbi Izzati
Mustafa kedah

Currently have 1 Komen:

  1. assalamualaikum sy nk copy ek....hehe