10 December 2008
PENGENALAN
Yahoo! Group ini ditubuhkan pada dua tahun lepas (2006) sebagai satu wasilah maya yang tidak rasmi bagi mengumpulkan mahasiswa Islam UPMKB. Setelah 2 tahun lebih bersama para pelajar UPMKB dalam menyampaikan mesej-mesej Islam akhirnya group ini telah dievolusikan menjadi Yahoo! Group KNU secara rasminya.
MAKLUMAT AM
1. Group Name: Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah (KNUUPMKB)
2. Group Address: http://asia.groups.yahoo.com/group/knuupmkb
3. Post Message Email: knuupmkb@yahoogroups.com
KEAHLIAN
Keahlian group ini tidak terhad kepada ahli KNU sahaja. Ia terbuka kepada semua mahasiswa Islam UPMKB. Keahlian group ini sentiasa dibuka tanpa ada sebarang had masa. Diharap semua ahli group dapat mengajak lebih ramai rakan untuk menyertai kita.
OBJEKTIF
Group ini diharap dapat menjadi medan perkongsian ilmu yang luas
Menjadi wasilah perhubungan secara maya bagi merapatkan ukhuwwah sesama Muslim
Menjadi medan perbincangan dan soal jawab agama
ETIKA
Namun, ahli diminta menjaga adab-adab dalam menyampaikan mesej masing-masing. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang memecahkan perpaduan ahli dan menghina secara biadap, pihak moderator tidak akan teragak-agak untuk membuang keahlian anda. Tetapi, group ini tetap menyanjung tinggi kebebasan bersuara dan menilai dengan mengemukakan dalil dan hujah atau fakta yang nyata.
KEGUNAAN DAN METODOLOGI PENGGUNAANNYA
Menghantar mesej kepada semua ahli melalui email secara serentak (sama seperti ruangan forum)
Penghantaran mesej boleh dibuat melalui emel masing-masing di ruangan “compose” di atas nama: knuupmkb@yahoogroups.com.
Untuk mempromosikan group ini kepada mahasiswa, sila berikan alamat ini kepada mereka: http://asia.groups.yahoo.com/group/knuupmkb. Laman ini juga merupakan homepage group ini. Bagi yang belum menjadi ahli group, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Klik pada butang “Join This Group” untuk mendaftar. Anda diminta menunggu pengesahan daripada moderator bagi mengelakkan pencerobohan daripada emel-emel spam dan pengguna bukan mahasiswa UPMKB. Bagi ahli group sila login Yahoo ID untuk menggunakan perkhidmatan di dalam group ini.
Di dalam laman tersebut disediakan pelbagai ruangan lain untuk diakses iaitu:
Penghantaran dan Arkib Mesej (Messages)
Anda boleh menghantar mesej kepada semua ahli group dan membaca arkib mesej
Penghantaran dan Arkib Fail (Files)
Anda boleh menghantar fail (upload) kepada arkib fail group ini dan juga muat turun (download) fail di dalam arkib ini.
Perkongsian Gambar (Photos)
Anda boleh berkongsi gambar-gambar aktiviti KNU kepada arkib ini, melihat dan muat turun gambar di dalam arkib ini.
Pautan (Links)
Mempunyai senarai website yang menarik dan blog ahli-ahli KNU
Database
Bancian (Polls)
Anda boleh mngemukakan soalan untuk mengadakan survey secara online. Setiap ahli boleh mengundi di dalam ruangan ini.
Senarai Ahli (members)
Menyimpan senarai dan maklumat ahli group.
Kalendar Aktiviti (Calendar)
Kalendar aktiviti yang terdahulu yang yang dirancang untuk akan datang.
BERMINAT UNTUK BELAJAR?
Sesiapa yang berminat untuk belajar membuat dan menguruskan Yahoo! Group dan blog, sila hubungi moderator group, Saudara Mohd Izzuddin bin Ismail, BSBI Sem 6. Hanya terhad kepada siswa dan siswi tahun 1 sahaja. Bilangan juga terhad. InsyaAllah, anda akan dijemput untuk membantu mengendalikan Yahoo! Group dan blog KNU. Jika ada kesempatan, pengajaran untuk semua program Microsoft Office, Adobe Photoshop, Windows Movie Maker, membaiki komputer dan sebagainya juga akan diketengahkan.
Walahua’lam, syukran.
Wassalam.
Al faqir ilallah,
Moderator Yahoo! Group KNUUPMKB
Currently have 0 Komen:
Post a Comment