18 January 2009
UPMKB, 11 Januari 2009: Keganasan rejim Zionis Israel terhadap umat Islam di Gaza mendapat perhatian ummat Islam sedunia dan masyarakat antarabangsa. Mahasiswa di UPMKB turut menunjukkan reaksi dan keprihatinan mereka terhadap rakyat Palestin melalui program “Kempen Kesedaran Ummah: Palestin Berdarah Lagi” anjuran Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah yang telah berlangsung pada 8-11 Januari 2009.
Kempen ini diadakan bagi menyemarakkan kesedaran di kalangan mahasiswa Islam tentang isu ummat Islam sedunia yang merupakan tanggungjawab semua sebagai saudara seagama mereka. Program ini juga turut mensasarkan pendedahan kepada mahasiswa bukan Islam tentang keganasan yang berlaku di Palestin angkara Yahudi kerana mereka juga berkongsi nilai yang sama iaitu keadilan dan keamanan kerana ini juga adalah isu keamanan dan kemanusiaan.
Program bermula pada 8 Januari dengan penyiaran risalah-risalah melalui papan kenyataan yang dibuat khusus untuk program tersebut di Dewan Makan Kolej Kediaman 1 dan 2, Pusat Islam dan Perpustakaan UPMKB.
Kemuncak kepada program tersebut ialah Malam Kempen Kesedaran Ummah pada 11 Januari 2009. Program pada malam tersebut mendapat sambutan lebih kurang 200 orang mahasiswa Islam, para pensyarah dan staf universiti.
Antara pengisian program pada malam tersebut ialah sajak, lakonan pementasan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, pementasan cerpen, tayangan video, ceramah dan nasyid.
Currently have 0 Komen:
Post a Comment