12 August 2009

Ramadhan hampir tiba. Justeru, Pusat Islam UPMKB akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menghidupkan bulan ini dan biah solehah. Program Ihya' Ramadhan 1430H akan membawa satu perubahan di UPMKB kerana buat pertama kalinya program Ihya' Ramadhan dianjurkan secara besar-besaran dengan mendapat sokongan padu daripada mahasiswa. Selain gandingan Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam yang merupakan sebuah unit di bawah Jawatankuasa Pusat Islam dengan Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah, program ini turut dianjurkan bersama MPP, MTM dan semua kelab dan persatuan.
Diharap program ini dapat memangkinkan perasaan cinta dan rindu kepada Allah dan meningkatkan amal ibadah di dalam bulan penuh barakah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 Komen:
Post a Comment