18 October 2009
18 Oktober 2009 - AGM KNU Kali Ke-6 yang telah pun melabuhkan tirainya. Namun, persoalan masih belum terjawab. Ahli KNU dikejutkan dengan perbuatan sabotaj yang telah dikenakan ke atas KNU oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan bacul. Poster program yang telah ditampal pada hari Khamis lepas telah dikoyakkan daripada papan notis blog di semua blok kediaman siswa. Perkara ini disedari oleh ahli KNU yang pulang dari masjid selepas menunaikan solat Subuh pada pagi Jumaat.
Bagi mengelakkan masalah publisiti kerana mungkin ahli masih belum mendapat maklumat program, maka poster baru telah dinaikkan pada hari Sabtu oleh AJK Publisiti. Dukacitanya, poster yang baru sahaja ditampal kira-kira dua jam telah dikoyakkan buat kali kedua di kesemua blok siswa KSR.
Lebih parah lagi, kerja-kerja persiapan program yang dilaksanakan di Pusat Islam turut disabotaj.
Justeru, pengarah program, Saudara Mohd Azim bin Azmi telah membuat laporan kepada TD HEP dan Penasihat Kelab dan memaklumkan kepada semua ahli berhubung insiden yang berlaku.
Beliau berkata kepada semua ahli ketika persiapan program sedang dijalankan: "Poster program ini telah dikoyakkan dua kali di semua blok siswa. Kita juga mendapat maklumat bahawa ada individu-individu yang mungkin secara sengaja atau tidak telah menyebabkan salah faham berlaku dengan pihak SK Kidurong yang melaksanakan program di Pusat Islam pada 16-18 Oktober 2009. Pihak SK Kidurong mendakwa barang-barang yang mereka pinjam di Pusat Islam telah diambil oleh pelajar sedangkan tiada persatuan atau kelab lain yang telah mendapat kebenaran meminjam peralatan selain KNU. Mereka juga turut diminta dengan nada yang tegas supaya mengemas dapur dalam tempoh sehingga jam 8.00 pagi pada 18 Oktober 2009 oleh individu yang disyaki adalah pelajar UPM. Maka, berlaku sedikit salah faham yang akhirnya dapat diselesaikan setelah kedua-dua pihak berbincang."
Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Majlis Sambutan Hari Raya dan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-6 Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah UPMKB dapat dijalankan walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah yang timbul yang tidak pernah difikirkan akan berlaku sebelum ini. Keringat dan penat para AJK program yang terdiri sepenuhnya daripada pelajar semester pertama pasti masih lagi terasa.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung isu ini, sila hubungi pengarah program, Saudara Azim atau Penasihat Kelab, Ustaz Abdul Halim bin Abdul Kadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 Komen:
Post a Comment