07 October 2009

Muktamar Sanawi KNU Kali Ke-6

Posted by Emel: | 07 October 2009 | Category: |

Sila klik pada poster untuk besarkan saiz

Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah UPMKB akan mengadakan Muktamar Sanawi Kali Ke-6 pada 18 Oktober ini di bertempat di Pusat Islam UPMKB. Suasana muktamar kali ini diserikan lagi dengan beberapa acara yang menarik. Di antara aktiviti yang telah disusun ialah jamuan hari raya dan persembahan nasyid yang diadakan di sebelah petang manakala majlis muktamar dijadualkan berlangsung pada sebelah malam bermula jam 8.00 malam. Turut memeriahkan suasana majlis ialah gerai jualan dan pameran yang dikendalikan oleh Lajnah Ekonomi dan Lajnah Publisiti dan Penerbitan melalui Krew IT.

Muktamar kali ini bakal menyaksikan beberapa pembaharuan dalam perjalanan muktamar dan beberapa usul yang bakal membawa perubahan kepada kelab ke arah yang lebih matang dalam usaha melaksanakan ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Maklumat lanjut akan disalurkan kepada semua ahli dalam masa yang terdekat.

Currently have 0 Komen: