07 August 2010

majlis ramah mesra KEPUTRA dengan kerjasama KEPSER dan KRS

Posted by Emel: | 07 August 2010 | Category: |

Alhamdullilah dengan rahmatNYA akhirnya Majlis Ramah Mesra KEPUTRA dengan kerjasama KEPSER dan KRS berjaya dijalankan hasil kerjasama ahli kelab dalam bersama-sama menjayakan majlis tersebut. tetamu jemputan yang hadir adalah Ustazah Najihah (Timbalan Pengerusi Pusat Islam UPMKB dan penasihat kelab KEPUTRA), En.Rahim (Pegawai Psikologi UPMKB dan penasihat kelab KRS) , Muhammad Hanif (MPP UPMKB), Abdullah Wafi (Presiden MTM),Hikma Asyyikin (timbalan 2 MTM) dan Azim Azmi (Pengerusi KEPUTRA). Pengarah bagi majlis ini adalah Farahnoresmawat bt. Zamar selaku ketua lajnah bagi lajnah HELWANI.

Perjalanan program bermula pada jam 8.30 malam bertempat di dewan makan KK1 dan habis pada jam 10 malam. Perjalanan program sebenarnya bermula pada:
  • 6-7/ogos/2010
  • bertempat di pusat islam upmkb dan dewan makan kk1
Aktiviti yang dijalankan adalah:
  • Aktiviti mencuci kereta pada jam 2-5 petang pada 6 dan 7/ogos 2010
  • Aktiviti jualan
  • Permainan chess dan scrabble
  • Pembukaan ahli kelab baru (pendaftraan akan mendapt satu layout dan pen dengan pendaftraan rm10.00/sem
  • Gerai dermawan (individu boleh mengwakafkan barang untuk diberikan kepada Periyatim Miri.
  • Tabung derma untuk Periyatim Miri.
Ini adalah antara gambar yang sempat diambil pada malam 7/ogos/2010:

Currently have 1 Komen:

  1. Tahniah kpd KEPUTRA dan jwtnkuasanya..

    Bangga dengan anda semua...

    Terima kasih dan moga terus sukses KEPUTRA di sana.

    -Hafizul,Serdang-