02 September 2009
Mesyuarat Khas Lajnah Publisiti dan Penerbitan KNU (LPP) yang diadakan pada 29 Ogos 2009 telah memutuskan untuk menubuhkan Krew IT KNU. Mesyuarat tersebut telah menjemput sebilangan ahli baru KNU yang berminat untuk menyertai krew ini bagi membincangkan beberapa strategi untuk memantapkan lajnah ini. Kesemua ahli Krew IT ini turut dilantik menganggotai LPP.Penubuhan Krew IT juga bertujuan untuk mencungkil bakat dan memanfaatkan kemahiran ahli serta membimbing secara lebih serius di kalangan krew untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.
Di antara gerak kerja krew IT adalah seperti berikut:
- Karyawan – Cerpen, puisi, sajak, syair, tazkirah, artikel dan lain-lain.
- Designer – Poster, button badge, bookmark, kad bisnes, banner dan T-shirt.
- Pelukis – Poster kartun dan komik islamik.
- Multimedia – Klip video program.
- Blogger – Menguruskan blog KNU.
- Moderator Y!G – Menguruskan Yahoo! Group KNU
- Penerbitan – Risalah Voice of Success, Laman Nurani (dengan kerjasama Lajnah Modul & Pengisian)
- Servis komputer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Currently have 0 Komen:
Post a Comment