10 March 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Posted by Emel: | 10 March 2010 | Category: |


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah dengan rahmat dan hidayahNYA Sambutan Maulidur Rasul peringkat UPMKB dan Bintulu berjaya dijalankan dengan jayanya. Perjalanan majlis tersebut berjalan selama 2 hari iaitu pada 26/2/2010 (peringkat Bintulu) dan 27/2/2010 (peringkat UPMKB). Program tersebut dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Upmkb dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Biro Pembangunan Insan (BPI) dengan kerjasama Kelab Putra Al-Ukhuwwah (KEPUTRA) dengan bertema "MEMANTAP UKHUWWAH MEMPERKASA UMMAH".

Perjalanan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Bintulu merupakan satu aktiviti wajib bagi UPMKB menghantar wakil perarakan. Perjalanan perarakan bermula dalam jam 7.00 pagi- 11.00 pagi bertempat di Esplened berdekatan dengan Pasar Tamu Bintulu. Penglibatan pelajar sewaktu hari perarakan merupakan usaha untuk memeriahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul. Dengan hasil usaha peserta perarakan, wakil upmkb bagi ketegori instusi pengajian tinggi (E07) berjaya mememangi tempat ke-3 dengan hadiah yang bernilai RM 100.00. Namun begitu, perjalanan Sambutan Maulidur Rasul tidak habis setakat itu sahaja kerana Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama BPI dan KEPUTRA telah berusaha untuk melaksanakan sambutan Maulidur Rasul peringkat UPMKB. Alhamdullilah dengan kerjasama semua pihak sambutan tersebut berjaya dilaksanakan walaupun pelbagai kekangan yang berlaku. Aktiviti Sambutan Maulidur Rasul peringkat UPMKB bermula dengan:

  • Pagi : majlis perarakan sekitar Pusat Islam UPMKB (jam 6.00 pagi hingga 8.30 pagi ).
  • Petang : Forum yang bertajuk dari Hira' ke Masjidil Nabawi ahli panelnya adalah Tajul Ariffin Zakaria (Pengurus Time Training & Service di Sri Kembagan, Shamsujunaidi bin Mat Idris (Guru Agaman SMK Bintulu) dan Muhammad Hanif bin Ghazali (Majlis Perwakilan Pelajar UPMKB) dan dipengerusi oleh Ust. Abdul Halim Bin Abdul Kadir ( jam 1.00 petang hingga 3.30 petang)
  • Malam : Pertandingan lagu kerohanian dan Majlis Penutupan Sambutan Maulidur Rasul peringkat UPMKB dengan perlibatan semua blok dan wakil-wakil program.

Sambutan maulidur rasul berjalan dengan lancar yang dirasmikan dan ditutupi oleh Ust. Ahmad Nasir yang juga selaku Pemangku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Kampus Bintulu (HEP). Akhir kata, ucap terima kasih kepada semua yang terlibat kerana membantu menjayakan Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini dan sebarang kekurangan dan kesilapan daripada pihak pengujur, kami memohon maaf atas kesalahan tidak disengajakan. semoga ALLAH memberkati kita dalam melakasanakan program bercorak Islami.

" … dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian kurnia Allah (bekerja); dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah…." (QS. Al-Muzzammil : 20)

(sesi fotografi sewaktu perjalanan Sambutan Maulidur Rasul peringkat UPMKB)

Currently have 0 Komen: