04 May 2008

Kata-kata Aluan dari Penasihat

Posted by Emel: | 04 May 2008 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Salam ukhuwwah saya ucapkan kepada pembaca blog ini dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang berbesar hati untuk melawati laman ini.

Pertamanya ingin saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah UPMKB atas kejayaan membina laman blog knu ini. Inisiatif yang sangat baik ini diharap menjadi pemangkin kepada budaya cemerlang di kalangan ahli KNU dan juga pengunjung-pengunjung laman blog Islam.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah as-Soff ayat 8 yang bermaksud: “Mereka(musuh-musuh Islam) sentiasa berusaha memadam cahaya (agama) Allah melalui propaganda dan provokasi mereka. Tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahayaNya (memenangkan agamaNya) sekalipun orang-orang kafir memusuhinya.”

Dari ayat ini jelas menunjukkan bahawa musuh Islam sentiasa berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengalahkan Islam. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengamalkan budaya hidup cemerlang dalam segenap bidang kehidupan agar segala cabaran yang kita hadapi dapat diatasi dengan mudah.

Sekian dahulu buat kali ini.Saya doakan anda semua diberkati oleh Allah S.W.T. dalam hidup dan kita semua ditetapkan oleh Allah di atas jalan menegakkan agamanya.

Wallahua'lam.



UST. ABDUL HALIM BIN ABDUL KADIR
Penasihat,
Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah,
UPM Kampus Bintulu.

Currently have 0 Komen: