04 May 2008
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang pertamanya, marilah kita sama-sama merafa’kan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi di atas segala rahmat yang dikurniakan kepada kita.
Alhamdulillah, saya rasa Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah telah berjaya mengorak langkah ke hadapan, mempelopori dunia laman web atau blog di antara kelab-kelab dan persatuan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Ini adalah satu lakaran sejarah kejayaan KNU.
Terima kasih kepada pihak editor yang bertungkus-lumus mengendalikan blog ini. Tahniah diucapkan. Tahniah juga buat seluruh ahli KNU. Mabruk ‘alaikum.
Pada masa kini, media massa khususnya internet cukup besar pengaruhnya kepada pemikiran manusia. Remaja sanggup meluangkan masa berjam-jam di kafe siber dengan hanya bermain permainan komputer, chatting, Friendster dan sebagainya. Gejala yang tidak sihat ini amat membimbangkan kita. Kita bimbang akan lahirnya remaja yang rendah pemikirannya dan leka dengan perkara-perkara yang sia-sia ini.
Justeru, besarlah harapan saya agar kemunculan blog ini mengubah kiblat pengguna internet di kalangan mahasiswa UPMKB daripada perkara yang sia-sia kepada budaya membaca di laman-laman ilmu dan perkara-perkara yang bermanfaat. Saya berharap, laman ini akan terus dihidupkan dan dapat memberi manfaat yang cukup besar khususnya kepada sahabat-sahabat mahasiswa Islam UPM Kampus Bintulu.
Kepada pihak editor, teruskan usaha anda. Jangan terhenti di pertengahan jalan. Ini hanyalah satu permulaan.
Akhir kata, salam perjuangan dari saya buat semua ahli KNU dan juga para pengunjung. Terima kasih di atas kunjungan anda. Seeru ‘ala barokatillah.
Sekian, syukran.
Wassalam.
MOHD AINSHA BIN AHMAD
Pengerusi,
Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah,
UPM Kampus Bintulu,
Sarawak.
Currently have 0 Komen:
Post a Comment