20 August 2008

Laporan Seminar Bio-Mekanik Solat

Posted by Emel: | 20 August 2008 | Category: |

Tarikh : 10 Ogos 2008

Hari : Ahad
Tempat : Pusat Islam UPM Kampus Bintulu
Pengarah : Noor Muazam Shah bin Baharudin

Program Seminar Bio-Mekanik Solat adalah merupakan salah satu daripada aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah ( KNU ) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar ( HEP ), dan Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Alhamdulillah dan syukur dengan izin Allah, program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Ogos 2008 yang lalu. Program yang menjunjung Islam sebagai agama yang sempurna, dan mempercayai Islam memenuhi fitrah seseorang insan itu, membuat kesimpulan sekiranya iltizam sesebuah institusi pengajian di pelbagai peringkat di seluruh Malaysia malah seantero dunia mahu mencapai matlamat yang telah ditetapkan, antara perkara yang perlu diberikan lebih perhatian ialah modal insan yang tegar meliputi mentaliti, fizikal, dan juga spiritual.



Program Seminar Bio-Mekanik Solat ini di jalankan di Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Perkarangan Pusat Islam mula menerima kunjungan para mahasiswa dan tetamu kehormat yang juga merupakan tetamu-tetamu Allah ke rumah-Nya seawal jam 8.00 pagi, hakikatnya program tersebut bermula pada jam 9.00 pagi. Sambutan dan sokongan di atas kehadiran mahasiswa dan mahasiswi muslim yang amat menggalakkan daripada yang di jangkakan. Setinggi-tinggi penghargaan juga di berikan atas kesudian tetamu-tetamu kehormat yang turut menghadirkan diri bagi menambahkan lagi keserian sepanjang berlangsungnya program ini. Para hadirin yang hadir ke majlis dengan yang bersih, tulus suci lagi murni ingin mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Esa dibuktikan dengan tiada seorang pun hadirin yang berangkat pulang sebelum majlis melabuhkan tirainya.

Sepanjang berlangsungnya program tersebut, pelbagai aktiviti di jalankan contohnya seminar pertama yang bertajuk Solat dan Sains dari perspektif Islam yang di sampaikan oleh Ustaz Rosman bin Mat Talib manakala seminar yang kedua,memberikan penekanan mengenai kaedah terapi dalam solat disampaikan pula oleh yang berbahagia Ustaz Ahmad Lotfi bin Mat Sarif. Selain itu kupasan yang diberikan oleh kedua-dua jemputan mampu menjadi perangsang kepada anjakkan paradigma para mahasiswa yang majoritinya adalah remaja tentang peri pentingnya solat dan juga diskusi yang membincangkan kaedah kemahiran khusyuk melalui fitrah biologi dan juga merupakan salah satu kaedah terapi yang sangat baik kepada pengamalnya.

Tidak cukup dengan itu, majlis pada sebelah malamnya di teruskan lagi dengan solat maghrib dan isyak berjemaah serta bacaan tahlil. Seterusnya acara persembahan Alunan Irama Senandung Ukhuwwah bukan sahaja di sertai oleh mahasiswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, malah pihak penganjur berbesar hati menerima kunjungan anak-anak dari Rumah Penyayang Miri untuk mengumpul sedikit dana dan sumbangan kepada pertubuhan kerajaan tersebut. Hiburan islamiah yang bersesuaian itu bukan sahaja di peruntukkan kepada alunan irama nasyid yang menjadi halwa telinga semata-mata malahan persembahan pentomen yang bertajuk Dua Hati, Dua Taubat dan Satu Hidayah itu juga telah menarik minat pengunjung disamping memberikan kesedaran mengenai cabaran dan halangan duniawi untuk mencapai kecemerlangan di akhirat kelak.

Program Seminar Bio-Mekanik Solat ini telah berjaya mencapai objektif serta matlamatnya iaitu kumpulan sasaran yang tediri daripada tetamu kehormat dan sebahagian mahasiswa yang hadir bersama untuk menyertai seminar tersebut. Di samping itu juga terselit usaha-usaha untuk memupuk nilai kesedaran dalam diri setiap pelajar Islam khasnya tentang kepentingan solat yang betul dalam merungkai pelbagai permasalahan yang timbul di dalam perlaksanaan tuntutan Islam tersebut. Selain itu juga, pemupukkan nilai kesedaran masyarakat kini khususnya golongan pelajar secara beransur-ansur mengenai betapa pentingnya perlakuan yang betul di dalam rukun solat untuk membawa kepada kekhusyukkan yang membawa kepada kesempurnaan iman manusia. Program ini sedikit sebanyak dapat mendekatkan lagi mahasiswa kepada kehendak Islam itu sendiri dimana mengajak komuniti sekeliling menghadiri majlis-majlis agama daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada individu itu sendiri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar ( HEP ), dan En. Abdul Halim bin Abdul Kadir sebagai penasihat Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah di atas sokongan padu yang diberikan untuk menjayakan program ini. Tidak di lupakan juga barisan jawatankuasa pelaksana program Seminar Bio-Mekanik Solat di atas usaha yang menyeluruh dan bersatu padu bermula sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan. Semoga dengan limpah rahmat Allah s.w.t program seumpama ini dapat di jayakan dengan lebih sempurna dan meriah lagi pada masa hadapan.

Gambar Sekitar Program






Disediakan oleh,


NURUL IZATI MOHD NASIR
Setiausaha,
Seminar Bio-Mekanik Solat,
Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah,
UPM Kampus Bintulu.

Currently have 1 Komen:

  1. saya merupakan salh seorang yang menghadiri seminar ini. padad pandangan saya program seperti ini teramat la bagus dan ia merupakan slah satu dakwah yang terbaik bagi memperkembangkan islam di mata mata individu yang hendak mendalmi mengenai islam terutamanya mengenai islam......
    tetapi apa yang paling mentedihkan apabila bilangan pelajar yang menghadiri seminar ini kurang memberangsangkan.... emmm apa la nak jadi dengan sebilangn pelajar upmkb yang kurang berminat dalam melibat diri dalam aktiviti seperti in.... jika keluar berpasang-pasangan tidak segan silu tetapi bila hendak melibat diri dalam aktivi keagamaan terasa berat hati tu......
    diharap untuk aktiviti akan datang saya berharap pihak KNU dapat menganjurkan aktiviti seperti ini.... sememangnya untuk menarik manusia lakukan kebaikan amatlah susah tetapi untuk menarik manusia kekancah mendapat DOSA amat lah mudah...... saya yang bernama.......?????? akan terus menyokokng daya usaha yang dilakukan oleh pihak KNU......... DARI WANITA ISLAM