16 July 2009

Konsert Amal Merdeka '09

Posted by Emel: | 16 July 2009 | Category: |

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak akan menganjurkan sebuah konsert pada 15 ogos 2009. Konsert tersebut yang akan diadakan di Stadium Tertutup Miri turut mendapat kerjasama daripada Curtin Islamic Society, sebuah persatuan pelajar Islam Curtin University.

Konsert ini mula menjadi program tahunan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak sejak tahun lepas sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Antara artis jemputan pada malam tersebut ialah Ramli Sarip, juara Akademi Nasyid Musim Pertama, Ahzan Atan dan motivator terkenal, Ustaz Akhwan Afandi.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak di www.amalsarawak.net.

Currently have 0 Komen: