23 July 2009

Sambutan Isra' Wal Mikraj & Perjumpaan Ahli KNU

Posted by Emel: | 23 July 2009 | Category: |

Masih belum terlambat lagi untuk masyarakat kampus UPMKB meraikan sambutan peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. yang mengandungi pelbagai hikmah buat ummat ini yang jatuh pada 2o Julai pada tahun ini. Penghayatan peristiwa ini sepatutnya berterusan dan sentiasa tersemat di hati. Namun, sebagai peringatan buat makhluk bernama manusia, Pusat Islam dengan kerjasama Kelab Nasyid Al-Ukhuwwah akan mengadakan Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj sebagaimana yang tertera di dalam iklan di atas. Muslimin dan muslimat dijemput hadir memeriahkan malam tersebut.

InsyaAllah, KNU akan mengadakan persembahan burdah pada malam tersebut dan turut membuka gerai jualan buku-buku agama.

Sejurus majlis tersebut selesai, satu perjumpaan ahli (ahli lama dan ahli baru serta sesiapa yang berminat untuk menyertai KNU) akan diadakan di Bilik Seminar Pusat Islam.

Selain sesi ta'aruf, sesi taklimat aktiviti KNU akan turut diadakan dalam perjumpaan tersebut. Antara aktiviti yang bakal dilangsungkan ialah satu kursus yang akan diadakan seperti berikut:

Ruqyah Syar'iyyah: Terapi dan Rawatan Islami Terhadap Gangguan Jin serta Sihir

Anjuran:
Krew Ruqyah Syar'iyyah Bintulu

Dengan Kerjasama:
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dan
Pusat Islam UPM Kampus Bintulu.

Pada:
1 Hingga 2 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad)

Bertempat di Pusat Islam UPMKB


KNU telah diberi kepercayaan oleh pihak penganjur untuk menghantar ahlinya sebagai peserta program di kalangan mahasiswa. Untuk makluman, program ini turut disertai oleh Jabatan Pertahanan Awam dan staf UPMKB. Justeru, pemilihan peserta akan diadakan pada malam tersebut di Perjumpaan Ahli KNU Kali Pertama Sesi 2009/2010.

Currently have 0 Komen: