11 November 2009

Fiqh Berwudhu'

Posted by Emel: | 11 November 2009 | Category: |


Seperti yang kita ketahui, wuduk merupakan salah satu kewajipan dalam Islam sekaligus menjadi salah satu syarat sahnya ibadat solat..

ALLAH S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sampai ke buku lali."

(Surah Al-Maidah :6)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"ALLAH tidak akan menerima solat sesiapa daripada kamu apabila berhadas sebelum berwuduk"

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dari hadis yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W, jelaslah betapa besarnya keutamaan berwuduk itu.. Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud:

"Seseorang muslim atau mukmin berwuduk lalu dia membasuh mukanya, maka hilanglah segala kesalahan dari penglihatan matanya bersama air wuduknya atau berguguran bersama air wuduknya yang terakhir. Apabila di membasuh tangannya, maka terhapuslah segala kesalahan dan dosa dari perbuatan tangannya bersama air wuduknya atau bersama akhir cucuran dari wuduknya, hingga dia bersih dari dosa-dosanya."

(Hadis riwayat Malik dan lain-lain)

Bagi perkara - perkara yang wajib semasa berwuduk, terdapat 7 perkara.. manakala bagi perkara - perkara sunat semasa berwuduk, terdapat 13 perkara.. dan bagi perkara - perkara makruh ketika berwuduk pula, terdapat 5 perkara..

Bagi perkara pertama, iaitu perkara-perkara wajib semasa berwuduk, terdapat 7 perkara yang akan kita bincangkan secara ringkas tetapi padat.. insyaALLAH..
  1. niat.. tidak sah wuduk seseorang jika tidak disertakan niat..
  2. membasuh muka, bermula dari atas dahi sampai ke dagu dan dari pasak telinga kanan ke pasak telinga kiri..
  3. membasuh kedua tangan sampai ke siku..
  4. mengusap rambut kepala dari kening sampai ke tengkuk..
  5. membasuh kedua kaki sampai ke buku lali..
  6. tertib.. wuduk mestilah dilaksanakan secara tertib, anggota demi anggota dibasuh sesuai dengan petunjuk dari Al-Quran dan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W..
  7. al-Muwalah atau secara berterusan dan berturutan..
perhatian!!

*sebahagian ahli ilmu menganggap bahawa menggosok anggota wuduk itu termasuk fardhu wuduk dan yang selainnya menganggapnya sebagai sunat sahaja.. untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya menggosok anggota wuduk itu termasuk kesempurnaan wuduk..

Sekarang kita beralih pula kepada perkara-perkara sunat semasa berwuduk.. terdapat 13 perkara yang akan kita bincangkan..
  1. membaca 'basmalah' pada permulaan wuduk iaitu selepas niat..
  2. membasuh kedua telapak tangan sebanyak 3 kali sebelum tangannya dimasukkan ke dalam bejana (bekas yang berisi air) apabila bangun dari tidur..
  3. menggosok gigi atau bersiwak (bersugi)..
  4. berkumur - kumur, iaitu menggerak - gerakkan air di dalam mulut dari sudut ke sudut.. kemudian menyemburkan air itu keluar..
  5. memasukkan air ke hidung dan menyemburkannya keluar.. ia juga dikenali sebagai istinsyar dan istinsyaq dalam bahasa arab.. di mana istinsyaq bermaksud menyedut air dengan hidung dan istinsyar pula bermaksud menghembuskan air dengan nafas..
  6. membersihkan (menyela -nyela) janggut dengan air bagi kaum lelaki..
  7. setiap perbuatan dilakukan 3 kali.. sedangkan yang wajib dan dituntut hanya dengan melakukan 1 kali sahaja.. basuhan kedua dan ketiga merupakan amalan sunat sahaja..
  8. membasuh bahagian dalam dan luar telinga..
  9. membersihkan sela - sela jari tangan dan kaki..
  10. mendahulukan yang kanan dari yang kiri ketika membasuh anggota wuduk..
  11. memanjangkan basuhan anggota wuduk melebihi bahagian yang dibasuh..
  12. hendaklah mengusap kepala, mulai bahagian hadapan kepala..
  13. hendaklah berdoa setelah selesai berwuduk..
Sekarang, kita akan membincangkan perkara terakhir untuk perkongsian hari ini iaitu perkara-perkara makruh ketika berwuduk.. terdapat 5 perkara..
  1. berwuduk di tempat yang terdapatnya najis.. hal ini kerana dikhuatiri adanya kesan najis di sekitar tempat tersebut atau tercecernya najis di kawasan tersebut..
  2. mengulangi basuhan anggota wuduk lebih dari 3 kali..
  3. berlebih - lebihan menggunakan air semasa membasuh anggota wuduk..
  4. meninggalkan perkara - perkara sunat semasa berwuduk atau melakukan lebih dari yang disunatkan.. hal ini kerana, dengan meninggalkan perkara2 sunat ketika berwuduk itu bermakna hilanglah pahala..
  5. berwuduk dengan sisa air bersuci kaum wanita..
Wallahua'lam.


Umaimah binti Ghazali
DKHP Sem 3
UPM Kampus Bintulu

Currently have 1 Komen:

  1. Assalammualaikum w.b.t

    Terima kasih diatas perkongsian ilmu ini, diharap banyak lagi ilmu dapat anda kongsikan bersama.