11 November 2009

Pedoman Menghafaz al-Quran (Siri 1)

Posted by Emel: | 11 November 2009 | Category: |

Pedoman Menghafaz al-Quran (Siri 1)
PERSIAPAN MENTAL DAN PENYUCIAN JIWA

Disiplin ilmu yang diamalkan sangat berbeza dengan semua disiplin ilmu yang lain, kerana orang yang menceburi dunia menhafal al-quran mempunyai tanggungjawab untuk menjaga hafalannya sepanjang masa. Contohnya, seorang ahli akademik akan berakhir setelah memperolihi Phd, tetapi seorang al-hafiz tidak akan berhenti setelah dia berjaya menghafal keseluruhan Al-quran, 30 juzuk.

Mesti mengulangkaji hafalan dengan tertib sepanjang hidupnya. sekalipun berat suatu pekerjaan akan menjadi ringan sekiranya seseorang itu mempunyai niat dan azam yang kuat. pepatah arab menyebut :

Sikap yang perlu ditanam di dalam mental dan jiwa seseorang yang hendak menceburi bidang ini.

1. Takjub dan merasakan keagungan Al-Quran

Tanamkan dalam jiwa kita, bahawa kita sedang melakukan sesuatu yang agung dan selari dengan keagungan dan kemuliaan Al-Quran itu sendiri.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menukilkan:

"Seorang penghafaz al-Quran ketika memulakan membacanya maka sebaik-baiknya hendaklah dia menghadirkan di dalam hatinya tentang keagungan Allah S.W.T. dan hendaklah dia sedar bahawa apa yang dibacanya itu bukanlah ucapan manusia."

Rasa takjub sangat bergantung pada makrifat seseorang terhadap Tuhannya. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit dan di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan ramai di antara manusia yang telah ditetapkan azab ke atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki."

(Surah Al-Haj: 18)

Seseorang yang mampu merasakan apa yang dirasa oleh gunung yang disebut ayat di atas. Sekiranya ia memiliki pemahaman yang syumul terhadap isi kandungan al-quran itu sendiri.

Bahkan orang kafir pun dapat merasakan keagungan al-quran, ini dibuktikan dengan ketika al-Walid bin al-Mughirah musuh ketat Rasulullah s.a.w menghampiri baginda s.a.w yang pada waktu itu sedang membaca ayat al-Quran di dalam solat, maka al-Walid pun berhenti dan mendengar dengan khusyuk sehingga terbuailah ia oleh keindahan al-Quran. Malangnya, kekaguman seperti ini tidak membawanya kepada Islam.


Umi Alwani binti Munawer
Timbalan Pengerusi KNU 08/09
DPPM Sem 5
UPM Kampus Bintulu

*Rujukan: Kaedah Mudah dan Cepat Menghafaz Al-Quran; Abu Mazaya Al-Hafiz; Al-Hidayah Publication.

Currently have 0 Komen: