11 November 2009

Pedoman Menghafaz al-Quran (Siri 2)

Posted by Emel: | 11 November 2009 | Category: |

(Sambungan Daripada Siri 1)

2. Perhatian yang tinggi ( ihtimam) terhadap al-Quran


Setiap calon hafiz hafizah perlu menanamkan didalam sanubarinya bahawa al-Quran adalah satu perkara yang terpenting dan paling utama...orang kate mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena...sekiranya tidak menatap mu....

Sikap seseorang yang menjadikan al-Quran budaya bacaan setiap hari, sentiasa mengikuti aktiviti atau program agama yang berkaitan dengan al-Quran seperti Qiamulail, kelas tahfiz dan tasmi` al-Quran...ciri-ciri ini adalah merupakan watak seseorang yang mempunyai ihtimam dengan al-Quran.

Kisah-kisah salafussoleh merupakan contoh teladan yang baik dari segi ihtimam dengan al-Quran. Khalifah Umar bin Khatab, membaca al-Quran sepanjang perjalanannya dari Madinah ke Palestin, Khalifah Uthman bin Affan terbunuh oleh pemberontak dalam keadaan membaca Quran, Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula sentiasa menyempatkan diri membaca Quran dalam kesibukan beliau.

3. Bijak menguruskan masa

Sahabat Ibnu Mas'ud r.a. berkata yang bermaksud:

"Sebaiknya seorang penghafaz al-Quran itu dapat memanfaatkan masa-masa malamnya ketika manusia sedang tidur (maksudnya dia mesti berjaga dan berqiamullail dengan membaca dan mengulangi hafazannya)."

Al-Fudhail bin 'Iyadh pula berkata:

"Penghafaz al-Quran adalah pembawa panji-panji Islam, adalah tidak patut baginya bermain-main bersama orang-orang yang suka bermain, tidak leka dan lupa diri bersama orang yang terbuai dengan keseronokan, tidak terperangkap dengan laghwu (sesuatu yang tidak berfaedah) bersama-sama dengan orang yang terpedaya. Ini semua dilakukan demi menjaga keagungan hak al-Quran."

Para sahabat dan ulama muktabat menggariskan dua perkara penting bagi calon huffaz Quran ialah mengenepikan hal-hal bersifat hiburan yang melalaikan dan kurangkan masa tidur.

Waktu adalah sangat penting bagi calon hafiz dan hafizah, apalagi sekiranya mereka juga tergolong di dalam berbagai-bagai kegiatan dakwah.

4. Tabah menghadapi kesusahan

Sebagai mana yang telah dimaklumi..Quran adalah suatu kitab suci....amat suci...ia akan dekat pada seseorang yang selalu menyucikan diri, menyucikan diri bukan suci di luaran, malah hati suci, fikiran suci, niat suci...sekiranya kita tekad untuk menjadi para huffaz quran...segala yang mendatang akan kita anggap sebagai asam garam dalam mendapatkannya ...hafalan Quran berserta maknanya...

Mencapai cita-cita menjadi seorang al-hafiz bukan mudah dan seindah yang disangka...bahkan dugaan datang silih berganti. Hadapilah ia dengan semangat yang membaja seiring dengan ilmu dan kefahaman yang semakin mendalam.

Penyucian jiwa dengan qiamulail

Amalan ini tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan salafu al-soleh. pada waktu sebegini mudah menciptakan suasana khusyuk dan mudah membukan cakerawala hati dan mudah menerima suatu yang suci, contohnya hafalan al-Quran

Sesungguhnya seseorang yang rajin mendirikan solat malam, dengan melakukan dengan sebaik-baiknya maka Allah akan memuliakan dengan 9 perkara,5 perkara di dunia dan 4 di akhirat.
  1. Allah akan melindunginya dari segala macam bencana.
  2. Allah akan menampakkan athar ( kesan ) ibadah yang dilakukannya pada wajahnya dengan berseri-seri.
  3. Akan dicintai oleh mukmin dan manusia pada umumnya
  4. percakapan penuh hikmat dan sangat petah
  5. Allah menganugerahkan kecerdasan kepadanya.
dan 4 DIAKHIRAT ialah:
  1. dibangkitkan dari kubur dalam keadaan ceria
  2. diperingankan hisab ( perhitungan amalannya )
  3. merentasi shirat ( jambatan yang menghubungkan syurga dan neraka ) bagaikan kilat
  4. diberikan kitab ( catatan amal ) nya dengan tangan kanan.

Umi Alwani binti Munawer
Timbalan Pengerusi KNU 08/09
DPPM Sem 5
UPM Kampus Bintulu

Currently have 0 Komen: