11 November 2009

Pedoman Menghafaz al-Quran (Siri 3)

Posted by Emel: | 11 November 2009 | Category: |


Disiplin yang kelima ialah BERPUASA

Disiplin ini mengajar kita bagaimana mengawal emosi kerana emosi yang buruk membuahkan kelakuan yang buruk, kelakuan yang buruk akan mengurangkan nikmat puasa.

"Jika salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa, maka janganlah berkata keji, jangan marah, dan jika ada orang yang mencaci-maki atau mengajak bertengkar hendaklah ia berkata, "sesungguhnya saya sedang berpuasa."

(hadith ini disepakati kesahihannya oleh Imam Bukhri dan Imam Muslim )

Puasa dapat memupuk nilai terpuji dalam diri para Huffaz quran. supaya dia menjadi sabar, tabah, redha, kasih sayang dan banyak lagi.

Disiplin yang keENAM ialah BERZIKIR

Zikir merupakan satu usaha mententeramkan hati dan mendapat ampunan dan diperkenankan permohonannya.

"Dan Tuhanmu berfirman, "berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan"

(al-Mukmin : 60)

Sebagai langkah permulaan, cuba hayati zikir yang terdapat dalam solat. Bahagian mana dalam solat?.... Cuba bahagian sujud... Elakkan menyebut terlalu pantas...sub, sub, sub, pastu duduk antara dua sujud.. Tomakninah pun hilang. Jangan lupa tomakninah pun rukun solat.

Sebut perlahan-lahan dan ( sebelum solat tu cuba cari maknanya )

SUBHANA RABBIAL A`ALA WA BIHAMDI

A`ala bermaksud maha tinggi ....kita menyebut nama Nya semasa kepala kita sama paras dengan kaki....saya suka perkataan naqib saya....Beza antara hamba dan Pencipta....


Umi Alwani binti Munawer
Timbalan Pengerusi KNU 08/09
DPPM Sem 5
UPM Kampus Bintulu

Currently have 0 Komen: